ALQUDS DI HATI

Thursday, July 29, 2010

Al-Quran adalah sebuah kitab yang diturunkan dari sisi Allah, untuk membimbing manusia, ke jalan yang diredai Allah, sebagaimana yang dijelaskan di dalam al-Quran:
“Sesungguhnya al-Quran ini benar-benar memberi pertunjuk ke jalan yang paling lurus.”
Surah al-Isra’ (17): 9
Peranan dan kedudukan al-Quran sebagai pembimbing dan petunjuk kepada manusia sudah pastinya tidak akan tercapai sekiranya segala isi kandungannya, yang tersurat dan yang tersirat, tidak dapat difahami dan diselami dengan baik oleh manusia, khususnya oleh umat Islam itu sendiri. Malah galakan agar setiap Muslim merenungi, memikir dan memerhatikan maksud dan pengertian setiap ayat-ayat al-Quran telah diperintahkan secara jelas melalui firman Allah yang bermaksud:
“Apakah mereka tidak memerhatikan serta memikirkan isi kandungan al-Quran....”
Surah Muhammad (47): 24
Kerana itu sejak dari awal perkembangan Islam, bermula dari era Nabi Muhammad saw sendiri dan disusuli dengan era para Sahabat Nabi SAW, ilmu yang bertujuan untuk menjelaskan segala

No comments:

Post a Comment