ALQUDS DI HATI

Thursday, September 2, 2010

PERBETULKAN AQIDAH TAUHID ANDA

PERBETULKAN AQIDAH TAUHID ANDA ~

Berhati-hati dengan Kesesatan aqidah Ruububiyah – uluhiyah – asma’ washifat "wahhabi" ~

Salafu sholih telah menyusun kaedah-kaedah aqidah yang menerangkan aqidah islam,untuk menjaga pemahaman aqidah yang dibawa Nabi Muhammad SAW, yang difahami oleh sahabat, tabi’in dan tabiut tabi’in. Sehingga kita, umat yang lahir dari umat Nabi Muhammad SAW yang lemah iman, yaqin ,ilmu dan amal ini , tetap berada dalam aqidah islam yang shohih. Aqidah tersebut dikenal dengan aqidah sifat 50 yang menjelaskan makna kalimat Tauhid“Laa ilaha illallah - Muhammadarrasulullah”. “Laa ilaha illallah “mengandungi 41 sifat yaitu 20 sifat wajib bagi Allah, 20 sifat mustahil bagi Allah dan 1sifat yang jaiz (boleh ) bagi Allah. Kalimat “Muhammadarrasulullah” mengandungi 4 sifat yang wajib bagi nabi Muhammad SAW(sidiq, amanah, fathonah, tabligh), 4 sifat yang mustahil, dan 1 sifat yang jaiz (boleh) bagi Muhammad SAW. Baca “Risalah kitab aqidah sifat 20 Syeikh abdul Ghani ”.

Tidak ada satu pun salafu sholih yang membagi-bagi iman dan aqidah dalam tiga pembagian ini. Hanya syeikh abdul wahab dan anak muridnya (sekte sesat wahabi) yang membagi aqidah menjadi 3 iaitu rububiyah, uluhiyah dan asma wa shifat. Friday at 10:46pm · Like · 1 person · JEHAD_FISABILILLAH Jehad Ibnu Talha ~ Pembagian aqidah secara serampangan ini memang sengaja dibuat boleh menyesatkan umat. Mari kita lihat hujjah ahlusunnah atas kesesatan aqidah wahabi ini.

ULUHIYYAH DAN RUBUBIYYAH Suatu Kerapuhan Aqidah Uluhiyyah dan Rububiyyah Ciptaan Ibnu Taimiyah Pembahagian tauhid kepada dua iaitu tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah telah dicipta dan dipelopori oleh Ibnu Taimiyyah Al Harrani (wafat728H). Pembahagian seperti ini boleh mengelirukan terutamanya orang awam yang kurang mendalami ilmu. Kegelincirin Dari Landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Tidak pernah disebut di dalam sunnah nabawiyah bahawa tauhid itu terbahagi kepada uluhiyyah dan rububiyyah. Dan bahawa mereka yang tidak mengerti tauhid uluhiyyah adalah yang mengetahui tauhid rububiyyah sebagaimana yang diketahui oleh golongan musyrikin. Perkara ini tidak pernah disebut langsung oleh mana-mana sahabat, tabi`in mahupun atba` tabi`in termasuklah Imam Ahmad bin Hanbal sebagai mana yang didakwa oleh Ibnu Taimiyah. Malah tidak terdapat juga di dalam karya-karya murid-muridnya yang terkenal, Ibnu Al Jauzi dan Al Hafiz Ibnu Kathir.

Mari kita lihat kesesatan faham rububiyah-uluhiyah wahabi : 1. Orang kafir dianggap beriman dengan tauhid rububiyah Hujjah Ahlusunnah atas kesesatan tersebut diatas : AJARAN SESAT WAHABI PERTAMA. Puak Wahabi melarang orang belajar tentang sifat 20 pada hal ini dianjurkan oleh Ahlussunnah wal Jamaah. Ini jelas dapat dilihat di negara Arab Saudi. Mereka menciptakan suatu pengajian tauhid secara baru yang tidak ada sejak dahulu, baik pada zaman nabi SAW atau pada zaman Sahabat baginda.Pengajian baru itu mereka namakan dengan “Tauhid Rububiyah dan TauhidUluhiyah”. Tauhid ini ada 2 jenis, kata mereka iaitu: 1. Tauhid Rububiyah iaitu tauhidnya orang kafir dan tauhidnya orang musyrik yangmenyembah berhala, atau dengan kata lainnya “Tauhid” orang yang syirik. 2. TauhidUluhiyah iaitu tauhidnya orang Mukmin, tauhidnya orang Islam serupa iman dan Islamnya puak Wahabi. Mereka mengatakan bahawa dalam Al Quran disebut begini: ”Katakanlah (Wahai Muhammad): Kepunyaan siapakan langit dan bumi dan semua isinya kalau kamu mengetahui? Mereka akan menjawab: Kepunyaan Allah. Katakanlah kepada mereka: Mengapa kamu tidak mengambil perhatian?”( Al Mukminun:84-85) Dengan ayat ini kaum Wahabi mengatakan bahawa orang kafir pun percaya kepada adanya Tuhan tetapi imannya tidak sah kerana menyembah berhala disamping pengakuannya kepada adanya Tuhan iaitu Allah. Dalil lain yang mereka ajukan adalah: “Dan kalau engkau bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan matahari dan bulan, mereka akan menjawab: Allah. Maka: Bagaimana kamu berpaling daripada kebenaran?”(Al Ankabut:61).

Jadi kesimpulannya, orang Wahabi, orang kafir mengakui adanya Allah tetapi mereka menyembah selain Allah. Jadi, kata mereka, ada orang yang mengakui adanya Tuhan tetapi menyembah selain Tuhan adalah bertauhid Rububiyah iaitu Tauhidnya orang yang mempersekutukan Allah. Ada pun Tauhid Uluhiyah ialah tauhid yang sebenar-benarnya iaitu mengesakan Tuhan sehingga tidak ada yang disembah selain Allah. Demikian pengajian Wahabi.

Pengajian seperti ini tidak pernah ada sejak dahulu. hairan kita melihat falsafahnya. Orang kafir yang mempersekutukan Tuhan digelar kaum Tauhid. Adakah Sahabat-sahabat Nabi menamakan orang musyrik sebagai ummat Tauhid? Tidak! Syirik dan Tauhid tidak mungkin bersatu. Hal ini adalah 2 perkara yang berlawanan bagai siang dengan malam.

Mungkinkah bersatu siang dengan malam serentak? Begitulah juga tidak adanya syirik dan tauhid bersatu dalam diri seseorang. Sama ada dia Tauhid atau Musyrik. Tidak ada kedua-duanya sekali. Jelas ini adalah ajaran sesat dan bidaah yang dipelopori oleh puak Wahabi dan kini telah merebak ke dalam pengajian Islam teruatamnya di Timur Tengah.

Kaum Wahabi yang sesat ini menciptakan pengajian baru dengan maksud untuk menggolongkan manusia yang datang menziarahi makam Nabi di Madinah, bertawasul dan amalan Ahlussunnah wal Jamaah yang lain sebagai orang “kafir” yang bertauhid Rububiyah dan yang mengikuti mereka sahaja adalah tergolongdalam Tauhid Uluhiyah.

Wahai wahabi itu adalah “perkataan orang-orang kafir”yang mana perkataan mereka tidak sama seperti keyakinan didalam hati mereka dan perbuatanmereka. Dan mereka sama sekali tidak termasuk kategori “iman“dari segimanapun.

Lihat definisi iman menurut ahlusunnah: “iman adalah menyakini Allah dalam hati yang diucapkan dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan (kitab sulam taufiq)”. Maka penafsiran ahlusunnah dalam ayat ini : Firman Allah SWT : “Kalau kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menciptakan mereka? Mereka akan menjawab Allah”. “Dan kalau kamu bertanya kepada mereka siapakah yangmenciptakan langit dan bumi dan yang menundukkan matahari dan bulan? Mereka akanmengatakan Allah.”(QS. Al Ankabut: 61) “Dan kalau kamu bertanya kepada mereka siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan bumi setelah matinya? Mereka akan menjawab Allah.”(QS. Al Ankabut: 63).

Mereka (orang-orang kafir dalam ayat diatas) tidak digolongkan dalam“beriman” karena ini adalah hanya sekedar“ucapan” tapi tidak ada keyakinan dalam hati dan tidak diamalkan dalam perbuatan. Ahlusunnah menyimpulkan “orang yang menyakini tauhid dan boleh menjawab pertanyaan munkar-nakir dalam kubur saja yang digolongkan telah“beriman”.

Ketahuilah wahai wahabi! Jika manusia mati dan dimasukan kedalam kubur maka akan ditanya oleh malaikat tiga perkara : - Man rabbuka ? (Siapa Tuhan (Rabb) kamu? Maka mukminin (orang2 yang beriman) akan menjawab : Allahu Rabbii (Allah adalah rabb (tuhan) kami! Kenapa Allah tidak bertanya siapa ilah kamu ? (uluhiyah versi wahabi) karena tauhid itu adalah iman yang tidak bisa dibedakan atau dipisah-pisahkan (rububiyah dan Uluhiyah)!, Seseorang yang beriman pada rubbubiyah pasti juga beriman pada uluhiyah!. Sedangkan aqidah sesat wahabi ini mengatakan : orang ini (orang kafir) beriman pada rububiyah tapi tidak beriman pada uluhiyah. sungguh kesesatan tauhid yang nyata!

2. Dalam menjelaskan makna Tauhid, Wahabi menafsirkan kalimat “laa ilaha illallah ”tanpa menyertakan penafsiran kalimat “Muhammadarrasulullah” Sehingga akan mengkafirkan orang-orang yang mukmin (yaqinnya hanya pada Allah) tapi ia “bertawasul dengan nabi”, “bertabaruk dengan benda-benda peninggalan nabi” dan sebagainya. (padahal tawasul dan tabaruk adalah sunnah Para Nabi).

Hujjah ahlusunnah Dalam Perkara ini : Dalam penafsiran makna aqidah islam tidak boleh memisahkan antara kalimat iman “laa ilaha illallah”Dengan Kalimat Amal “. “Muhammadarrasulullah”. Maka kenapa ahlusunnah dan nabi adam, nabi yusuf, shahabat nabi dan shalafusholih bertawsul dan tabaruk ? Maka jawaban lisan kami dan keyakinan hati kami menjawab : “Kami yakin bahwa Makhluq (selain Allah) tidak boleh yang memberi manfaat danmudharat, tapi hanya Allah yang memberi manfaat dan mudharat. Kami bertwasul dan ber-tabaruk karena Perintah Allah dan sunnah Nabi Muhammad saw” Untuk masalah ini kami jelaskan makna kalimat tauhid “Laa ilaha illallah - Muhammadarrasulullah”.

a) Maksud Kalimat iman“laa ilaha illallah “ Ketahuilah! Bahwa kalimat“laa ilaha illallah ”adalah kalimat”iman (dalam Kenyakinan atau i’tiqad dalam hati” ...

b). Maksud kalimat amal “Muhammadarrasulullah” Maka Kalimat iman “laa ilaha illallah ”dalam iqrar al’ubudiyah (janji penghambaan kita pada Allah iaitu syahadat ) tidak boleh dipisahkan dengan Kalimat amal iaitu “Muhammadarrasulullah”. Maksudnya : Segala perbuatan yang akan membawa kejayaan didunia dan ahirat adalah hanya dengan mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Jadi, kita akan jawab : “Saya yakin bahwa makanan tidak boleh yang memberi kenyang, tapi Allah yang memberi kenyang. Saya Makan karena Perintah Allah dan sunnah Nabi Muhammad SAW” - (karena Allah perintahkan untuk makan dan bekerja yang halal “kuluu minathayibati wa’malu shalihaa”(al qur’an) - dan juga rasulullah makan dan minum dgn penuh adab dan do’a (lihat kitab hadith bab makan).

Jadi mengenai tawassul dan tabaruk : Maka jawaban lisan kami dan keyakinan hati kami menjawab : “Kami yakin bahwa Makhluq (selain Allah) tidak boleh yang memberi manfaat dan mudharat, tapi hanya Allah yang memberi manfaat dan mudharat. Kami bertwasul dan ber-tabaruk karena Perintah Allah dan sunnah Nabi Muhammad saw”.

Dalil-tawasul dan Tabaruk: Nabi Adam Bertawassul dengan Nabi Muhammad SAW. Sebelum Nabi Muhammad Lahir, Umar ra. berkata bahawa baginda Rasulullah SAW berkata : “Tatkala Nabi Adam a.s. telah berbuat kesalahan (yang dengan sebab itu nabi Adam a.s. telah dihantar dari surga ke dunia ini maka baginda a.s. senantiasa berdoa dan beristighfar sambil menangis-nangis). Sekali beliau mengangkat kepalanya ke langit dan memohon :“Ya Allah aku memohon (keampunan) kepada Engkau dengan berkat Muhammad SAW“, Maka Allah SWT mewahyukan kepadanya : “Siapakah Muhammad SAW ini, yang engkau memohon keampunan dengan berkatnya? Baginda a.s menjawab : Ketika Engkau jadikan aku, maka sekali daku melihat ke‘arsymu dan terpandang tulisan Laa ilaha illallahu Muhammadurrasuulullahi (Tidak ada tuhan yang berhaq disembah melainkan Allah - Nabi Muhammad SAW adalah Utusan Allah). Maka aku yakin bahwa tiada siapa pun yang lebih tinggi darinya disisiMu yang namanya Engkau letakan bersama Nama Mu”. Lantas Allah mewahyukan kepada baginda a.s. :”Wahai Adam, sesungguhnya diaadalah Nabi Akhir zaman dari keturunanmu. Sekiranya dia tidak ada maka pasti aku tidak akan menciptakanmu” (Dikeluarkan dari Thabrani dalam Jami’ushaghir dan juga Hakim dan Abu Nu’aim dan Baihaqi keduanya dalam dalam kitab ad-dalail).

Pada masa itu apa dan dengan cara bagaimanakah baginda Adam as memohon keampunan kepada Allah SWT tentang hal ini didapati berbagai macam riwayat tetapi tidak ada perselisihan dalam riwayat tersebut. Ibnu Abbas ra berkata bahawa Nabi Adam as pernah menangis yang jika tangisan seluruh manusia dikumpulkan maka tidak akan menyamai tangisan Adam as. Sehingga baginda tidak mengangkat kepalanya ke langit. Didalam sebuah hadith diterangkan :“Andaikata titisan airmata nabi Adam as ditimbang dengan titisan airmata seluruh anak cucunya. Maka titisan air mata beliaulah yang akan memberati.”Maka dalam keadaan yang sedemikian itu bagaimana baginda bermunajat dan memohon pengampunan itu tidak mungkin diduga oleh manusia biasa.

Oleh itu tentang cara-cara mengenai memohon keampunan yang diterangkan dalam hadits diatas tidaklah terdapat kesukaran apapun. Salah satunya adalah memohon keampunan dengan bekat baginda SAW dan tertulisnya kalimah “laa ilah illallah Muhammadurrasulullah” Di Arsy juga disebutkan dalam hadits yang lain. Baginda SAW bersabda : Saat aku memasuki syurga (pada malam mi’raj) aku melihat kedua belah pintu surga tertulis 3 baris kalimat. Kalimat Pertama : Laa ilaha illallahu Muhammadurrasuulullahi (Tidak ada tuhan yang berhaq disembah melainkan Allah - Nabi Muhammad SAW adalah Utusan Allah) Kalimat kedua : maa qaddamnaa wajadnaa wamaa akalnaa rabihnaa wamaa khalafnaa khasarnaa “Apa-apa yang telah kami hantar kemuka (sedekah dan sebagainya) telah diterima. Apa-apa yang telah kami makan (didunia) telah menguntungkan kami. Dan apa-apa yang kami tinggalkan (didunia) telah merugikan kami Kalimat ketiga : “ummatummadznibatun warabbun ghafuurun” “Umat adalah pendosa dan Tuhan pengampun”(Fadhilat Dzikir, Hadits 2 zikir, Hadits 28).

Jadi telah jelas bahwa Nabi Adam bertawasul dengan nabi Muhammad SAW sebelum nabi dilahirkan karena ketinggian derajat Nabi Muhammad SAW dan Nama Nabi Muhammad Tertulis di‘Arsy. Jadi saat Rasulullah belum dilahirkan, saat Rasulullah hidup maupun saat rasulullah sudah wafat….maka dibolehkan bertawasul dengan keberkatan Nabi SAW. (karena ketinggian derajat Nabi Muhammad SAW dan Nama Nabi MUhammad Tertulis di‘Arsy).

Kesesatan tauhid Asma’wa shifat wahabi adalah mengambil makna dhahir af’al (perbuatan) Allah dalam ayat dan hadith Mutasyabihat. Sehingga mensifati Allah dengan sifat makhluq seperti yang disebutkan dalam kitab-kitab mereka : Tuhan duduk, Tuhan Di arsy, Tuhan dilangit, Tuhan punya dua tangan, punya jari-jari, punya dua kaki, tuhan berlari kecil, tuhan berjalan, tuhan naik turun dan sebagainya.

Hujjah Ahlusunnah atas kesesatan ini : 1. wahabi katakan : “Allah punya Tangan tetapi beda dengan tangan Makhluk” mereka katakan mereka menerima secara zahir,lalu mereka katakan lagi bahawa yang zahir itu beda dengan zahirnya makhluk…. kami bertanya : lalu makna zahir mana yang mereka katakan “menerima secara zahir” ? Inilah akidah akal akalan mereka tak ada satu orangpun salaf al sholih yg berakal seperti ini…

2. yang punya keyakinan keyakinan kalian bahawa Tuhan bersemayam di‘arsy. manakah yang berjarak lebih dekat ke‘arsy : seseorang dalam keadaan berdiri atau sujud? Coba kalian pikirkan, manakah yang berjarak lebih dekat ke‘arsy : seseorang dalam keadaan berdiri atau sujud? Sudah tentu berdiri lebih dekat ke‘arsy. Jadi apabila kalian berpendapat bahwa Allah bersemayam di‘arsy, maka dimanakah hadith yang mengatakan,“Paling dekatnya kedudukan seorang hamba dengan Tuhannya adalah apabila dia dalam keadaan sujud”.

3. Sebelum Allah ciptakan semua makhluq (zaman azali)….. semua makhluq tidak ada (langit,arsy,tempat, ruang,arah,cahaya, atas,bawah….smua makhluq tidak ada,karena Allah belum ciptakan…..) pada saat itu dimana Allah? dan setelah Allah ciptakan semua makhluq (langit,arsy,arah,tempat dan sebagaina), dimana Allah? Ingat : Sifat Allah tetap tidak berubah..sifat Allah tidak sama dengan makhluq.

4. Kenapa kalian sholat masih hadap kekiblat, katanya Allah diatas? ingat Langit Hanyalah kiblat Do’a….bukan tempat bersemayam Allah… ingat Langit Hanyalah kiblat Do’a….bukan tempat bersemayam Allah…. ingat : Allah ada tanpa tempat dan arah Biar wahabi tidak pening jawab…kita beri kunci jawabannya : WAHABI TIDAK IMANI SIFAT QIDAM DAN ZAMAN AZALI Qidam = sudah sedia ada ( adanya tidak didahului oleh tidak adanya) Dalil : huwal awwalu wal akhiiru Huwa iaitu Allah, al awwalu, Dzat yang awal, wal akhiiru dan Dzat yang akhir Sifat mustahil atau lawan ( muhal ) qidam = huduts ( baru ) SEDANGKAN MAKHLUQ ADALAH BARU…

DEFINISI MAKHLUQ DAN ZAMAN AZALI : 1. Allah SWT berfirman: “Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya(baik dari satu segi maupun semua segi), dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya”. (Q.S. as-Syura: 11) Ayat ini adalah ayat yang paling jelas dalam al Qur’an yang menjelaskan bahwa Allah sama sekali tidak menyerupai makhluk-Nya. Ulama Ahlussunnah menyatakan bahawa alam (makhluk Allah) terbagi atas dua bagian; iaitu benda dan sifat benda.

Kemudian benda terbagi menjadi dua, iaitu benda yang tidak dapat terbagi lagi karena telah mencapai batas terkecil (para ulama menyebutnya dengan al Jawhar al Fard), dan benda yang dapat terbagi menjadi bagian-bagian (jisim). Benda yang terakhir ini terbagi menjadi dua macam; 1. Benda Lathif: sesuatu yang tidak dapat dipegang oleh tangan, seperti cahaya, kegelapan, ruh, angin dan sebagainya. 2. Benda Katsif: sesuatu yang dapat dipegang oleh tangan seperti manusia, tanah, benda- benda padat dan lain sebagainya. Adapun sifat-sifat benda adalah seperti bergerak, diam, berubah, bersemayam, berada di tempat dan arah, duduk, turun, naik dan sebagainya.

Ayat Al-Qur’an Surah As-Syura ayat 11 itu menjelaskan kepada kita bahwa Allah SWT tidak menyerupai makhluk-Nya, bukan merupakan al Jawhar al Fard, juga bukan benda Lathif atau benda Katsif. Dan Dia tidak boleh disifati dengan apapun dari sifat-sifat benda. Ayat tersebut cukup untuk dijadikan sebagai dalil bahwa Allah ada tanpa tempat dan arah. Karena seandainya Allah mempunyai tempat dan arah, maka akan banyak yang serupa dengan-Nya. Karena dengan demikian berarti ia memiliki dimensi (panjang, lebar dan kedalaman). Sedangkan sesuatu yang demikian, maka ia adalah makhluk yang memerlukan kepada yang menjadikannya dalam dimensi tersebut. Rasulullah shollallahu‘alaihi wasallam bersabda: “Allah ada pada azal (keberadaan tanpa permulaan) dan belum ada sesuatupun selain-Nya”. (H.R. al Bukhari, al Baihaqi dan Ibn al Jarud).

Anda harus ingat Allah SWT menilai anda melalui aqidah atau pegangan dan hati anda!!!..

Memang benar..Makkah almukaramah dan Baitullah itu tempat himpunan manusia yang mengaku Umat Islam untuk menzahirkan ketaatan.. dan tanah Haram itu bukan kepunyaan Wahhabi... jika anda merasakan bahawa dimana saja anda sholat maka yang sholat itu adalah kalbu anda.. maka soal sah atau tidak mengikut Imam di tempat perhimpunan terbesar seperti itu bahkan di kuasai pula oleh sesuatu golongan itu semuanya adalah urusan Allah SWT.. maka ianya tidak boleh di samakan dengan kepentingan Aqidah... adakah anda boleh menilai Aqidah seseorang Imam itu hanya karena statusnya?.. Tidak samasekali.. Anda bayangkan jika anda berada di padang arafah maka disitu anda bersama perhimpunan terbesar maka dapatkah anda mengenali Aqidah bagi setiap orang..tentu tidak !!! hanya Allah SWT yang dapat menilai... Padang Mahsyar adalah tempat penilaian yang terakhir... samada aqidah anda benar atau tidak...

Ketentuan Aqidah sesorang itu mesti tepat!!! Walau punya kiblat yang sama namun jika anda menyimpang dalam soal Aqidah.. maka dimana kah letakkan nilai diri anda sebagai seorang Mahkluk!!!.. anda menyifatkan Tuhan anda bersifat seperti mana sifat makhluk seperti anda !!! adakah Allah SWT mahu menerima Aqidah anda yang sedemikian... fahamilah sebenar-benar erti Aqidah.. sebelum anda di nilai dan di hisab kelak.. penat atau lelah anda beribadah dan meletakkan diri anda di tempat yang suci sedangkan jasad dan roh anda tidak suci...

Anda harus ingat.. Allah SWT itu sangat teliti menilai hambanya... tidakkah anda meningati kisah seorang Mualim yang beribadah puluhan tahun tetapi karena dosa yang di anggap kecil iaitu menjentik telinga kucing yang menggangu makanannya.. menyebabkan dia sukar untuk melafazkan syahadah di akhir hayatnya dan dia bakal di humbankan ke Neraka... maka kita mesti mengambil semua pengajaran itu untuk memampankan diri kita dengan tepat, dengan ciri-ciri Aqidah keislaman yang sebenar.

Wallahua'alam bi sawab...

No comments:

Post a Comment